PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Misali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan.
Anaknya setia melangkah di sisi."Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Misali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.
Friday, April 9, 2010
Just a mum?
She hesitated, uncertain how to classify herself.
'What I mean is, ' explained the woman at Registry, 'do you have a job or are you just a ...?'
'Of course I have a job,' snapped the woman. 'I'm a Mum .'
'We don't list ' Mum ' as an occupation, 'housewife' covers it,' said the recorder emphatically.
I forgot all about her story until one day I found myself in the same situation.
Labels:
Parenting
Shahrizat Gesa Pengajaran Kesihatan Reproduktif Disegerakan
KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menggesa agar pengajaran mengenai kesihatan reproduktif kepada pelajar sekolah berumur seawal 12 tahun disegerakan.
Beliau berkata subjek berkenaan perlu dipercepatkan kewujudannya bagi membendung gejala kelahiran dan kehamilan luar nikah yang menjurus kepada kes pembuangan bayi yang semakin meningkat kini.
"Saya minta Kementerian Pelajaran supaya mengambil berat isu ini, walaupun pada masa ini ada subjek atau pengajaran tentang kesihatan reproduktif tetapi ia tidak cukup mendalam.
"Kita mesti ajar mereka (pelajar) secara ilmiah, saintifik dan berhemah. Jadi kita minta kementerian berkenaan tingkatkan masa yang diajar untuk subjek itu," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen 'Kami Prihatin' di sini semalam.
'Kami Prihatin' merupakan inisiatif akhbar Utusan Malaysia untuk mencetuskan rasa keinsafan dan menebalkan kembali nilai kemanusiaan di kalangan masyarakat dalam usaha menangani kes penderaan kanak-kanak dan buang bayi.
Beliau berkata kementerian itu telahpun mengesyorkan modul kesihatan reproduktif ini kepada Kementerian Pelajaran, tetapi sehingga kini masih tertangguh kerana ramai yang menganggap isu itu sebagai sensitif dan tabu.
"Selalu kita lihat kes-kes kehamilan ini berlaku kepada anak-anak muda kita berumur 14, 15 tahun...jadi sebelum hormon dan biologi mereka menimbulkan masalah, mereka mesti dah tahu, jangan terlambat.
"Kita dapati ramai remaja kita tidak mengetahui tentang risiko apa yang akan berlaku jika pasangan itu membuat hubungan intim. Saya percaya kalau ramai remaja kita tahu apa akan terjadi kepada badan mereka, maka perkara seperti kehamilan luar nikah dapat dikawal," katanya. - BERNAMA

Berita Semasa
Wednesday, April 7, 2010
Monday, April 5, 2010
Budak maut tertelan anting-anting
REMBAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut akibat tertelan sebentuk anting-anting di rumahnya di Taman Pedas Indah, di sini.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang Rabu lalu, R Arrokiya Nathan dipercayai mati ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Pedas, dekat sini kerana anting-anting berkenaan tersangkut sebelum mencucuk kerongkongnya.
Ketika kejadian, kanak-kanak itu dikatakan bermain dalam bilik bersama seorang adik perempuannya berusia tiga tahun, manakala ibu saudaranya berusia 30-an sedang tidur di bilik sama.
Ibu saudara kanak-kanak terbabit yang terjaga dari tidur terkejut melihat anak saudaranya batuk dan muntah darah lalu memberitahu ahli keluarga lain.
Berikutan itu, mangsa terus dikejarkan ke sebuah klinik desa berhampiran untuk mendapatkan rawatan sebelum kanak-kanak itu dirujuk ke Klinik Kesihatan Pedas dan mati ketika dalam perjalanan.
Ahli keluarga pada mulanya tidak mengetahui punca sebenar kanak-kanak itu mengalami muntah darah sehinggalah satu anting-anting ditemui dalam kerongkong mangsa.
Ketua Polis Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom berkata, mayat kanak-kanak berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematiannya.
“Hasil bedah siasat mendapati kanak-kanak itu mati kerana tertelan anting-anting yang tersangkut dan mencucuk kerongkongnya.
“Polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai mati mengejut (SDR) dan menolak wujudnya unsur jenayah di atas kematian kanak-kanak itu,” katanya kepada Harian Metro di sini, semalam.
Beliau berkata, polis yang menjalankan siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah terhadap kematian mangsa.
Menurutnya, polis menasihati ibu bapa supaya lebih berhati-hati bagi mengelak tragedi dialami kanak-kanak itu berulang pada masa akan datang.
“Ibu bapa dinasihatkan supaya menyimpan barang-barang yang berbahaya di tempat selamat bagi mengelak ia disalahgunakan sebagai alat permainan untuk anak-anak kecil mereka.
“Mereka (ibu bapa) mesti menitikberatkan aspek keselamatan dan memberikan pengawasan yang lebih terhadap anak kecil bagi mengelak kejadian sama berulang,” katanya.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Budakmauttertelananting-anting/Article

Program susu sekolah ditangguh sehingga pengilang patuhi syarat
KUALA LUMPUR: Program Susu Sekolah (PSS) akan ditangguh sehingga pengilang terbabit mematuhi syarat yang ditetapkan bagi mendapatkan sijil "Hazard Critical Control Point" (HACCP), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata satu jawatankuasa bersama telah ditubuhkan antara kementeriannya dan Kementerian Kesihatan (KKM) dan menetapkan pemerolehan sijil tersebut bagi mengelakkan berulangnya kes keracunan susu di sekolah.
"Sejak dua tahun lalu, kementerian dan KKM sudah mengadakan beberapa mesyuarat dan lakukan audit ke atas pengilang tetapi sampai hari ni pengilang masih belum buat penambahbaikan atau pengubahsuaian seperti yang disyaratkan oleh pensijilan HACCP.
"Oleh itu adalah wajar program ini ditangguhkan sementara waktu," katanya menjawab soalan Chua Tee Yong (BN-Labis) yang ingin tahu bila PSS akan disambung semula dan langkah untuk mengatasi masalah keracunan susu, di sini.
Wee juga berkata, hanya terdapat satu pengilang susu di Semenanjung Malaysia iaitu Dutch Lady dan selepas tiga pengauditan dibuat dalam tempoh dua tahun, KKM telah menghantar surat kepada Kementerian Pelajaran bahawa kilang tersebut masih belum mematuhi syarat seperti yang dijanjikan.
"Maka disebabkan itu, kita tidak dapat meneruskan program ini," katanya.
Selain pengilang, katanya kerajaan turut menitik beratkan rangkaian pengagihan susu ke sekolah termasuk cara mengangkut dan menyimpan bekalan susu yang telah diterima.
"Tiga aspek ini perlu diberi perhatian. Kalau sekolah yang besar, 'chiller' perlu dibekalkan untuk memastikan susu yang segar, bukannya susu basi dibekalkan kepada pelajar miskin," katanya. - Bernama

Friday, April 2, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)