Monday, March 15, 2010

Pengasas Salindah


Beliau adalah seorang tokoh homeopati yang terkenal di Malaysia. Dilahirkan di Bukit Besar, Kedah pada 1 Mac 1949 dan mempunyai 11 orang anak. Beliau merupakan seorang pendidik yang berjaya sebelum melibatkan diri dalam perubatan homeopati dan menceburkan diri sebagai usahawan.

Bermula pada tahun 1976 sehingga 1980 beliau belajar homeopati dari Dewan Perubatan Homeopati Singapura. Kemudian beliau memperoleh Doctor of Homeopathy dari Brantridge Forest School Sussex, England. Beliau juga mendapat Doktor Falsafah dari Open International University, Sri Lanka dan pelbagai anugerah berprestij yang jarang diperoleh oleh kebanyakan pengamal homeopati di Malaysia.

Sebagai usahawan, beliau menapak maju dengan tertubuhnya beberapa syarikat yang dimiliki, khususnya Sistem Era Edar Sdn Bhd. Di antara produk popular beliau ialah Examo, Salindah dan beberapa jenama yang menjadi bualan dan digemari ramai.

Selain aktif dalam pertubuhan homeopati dan perniagaan, beliau turut melibatkan diri dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan. Kehadiran beliau sebagai seorang pengamal yang berjaya dalam keusahawanan homeopati tiada bandingannya di Malaysia.

Pengasas Salindah Prof Dr Azizan meninggal dunia 03-05-2007. Semoga rohnya dicucuri rahmat, Amin. Al-Fatihah

No comments:

Post a Comment