Monday, March 15, 2010

Pengenalan kepada Salindah


Bagi wanita, kehamilan atau mengandung adalah suatu pengalaman yang tidak sama dengan pengalaman-pengalaman lain yang pernah dilalui, terutamanya wanita yangmengandung untuk kali pertama. Ada yang tersangat gembira dengan berita kehamilan itu dan ada pula yang menjadi bimbang dan cemas terutamanya bila menjelang waktu-waktu hampir melahirkan anak. Ini berlaku kerana mungkin bakal ibu ini pernah mendengar pelbagai khabar bagaimana susahnya untuk melahirkan anak.

Pengalaman bersalin sepatutnya menjadi satu pengalaman yang indah. Sesuai dengan itu, Salindah telah dihasilkan untuk membantu ibu-ibu yang sedang mengandung. Set lengkap ini boleh diambil mulai daripada tiga bulan mengandung sehinggalah masa berpantang (40 hari).

Formula Salindah ini dikeluarkan oleh Prof. Dr. Azizan Haji Ismail, seorang tokoh dan pengamal perubatan homeopati, biokimia dan herbalisma yang ternama di Malaysia.

No comments:

Post a Comment